SELAMAT DATANG
Login

Mondok …

Tidak sedikit kejadian seorang ayah atau ibu atau dua2nya sekaligus, menangis tidak sampai hati meninggalkan putera / puterinya di Pondok. Terfikir oleh orangtuanya bagaimana anakku di sana ? makan apa ? bagaimana tidurnya ? bagaimana pakaiannya ? bagaimana mandinya ? bagaimana-bagaimana banyak

pertanyaan lain yang muncul setelah berpisah dengan anaknya. Bagi mereka yang tak sampai hati, tidak berapa lama berniat mengambil anaknya kembali apatah lagi jika anaknya juga menangis-nangis melalui telepon ataupun surat. Kesimpulannya tidaklah ringan untuk berpisah dengan anak. Ternyata berat bukan bagi anak sahaja melainkan juga bagi ibubapanya. Namun bagi mereka yang berfikiran jauh, bukanlah melihat hari ini melainkan membayangkan 10 tahaun dan 20 tahun lagi anaknya akan jadi apa. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian. Ibubapa tidak mungkin mampu mengawasi dan mendidik anaknya sama 24 jam berterusan. Jiwa seorang anak yang merantau jauh dari kampong akan berbeda dengan anak yang selalu dimanja dan disediakan segala keperluannya.  Anak mesti belajar berdikari dan mengurus diri sendiri. Anak mesti belajar memimpin dan bermasyarakat dan bergaul dengan segala macam watak manusia, sehingga kelak ia menjadi manusia yang tangguh dan mampu hidup di mana sahaja dan dalam suasa apa sahaja.

Selamat berjihad menghantar anak ke Pondok Pesantren yang dikehendaki

Leave a Reply

*